Spider-Man: No Way Home

Spider-Man: No Way Home ialah filem adiwira Amerika Syarikat yang akan datang berdasarkan watak Marvel Comics, Spider-Man, diterbitkan bersama oleh Columbia Pictures dan Marvel Studios, dan diedarkan oleh Sony Pictures Releasing. Filem ini pada awalnya untuk menjadi kesinambungan Spider-Man: Homecoming (2017) dan Spider-Man: Far From Home (2019), dan merupakan filem ke-27 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Jon Watts, ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, dan dibintangi oleh Tom Holland sebagai Peter Parker/Spider-Man, bersama Zendaya, Jacob Batalon, Marisa Tomei, Jamie Foxx, Benedict Cumberbatch dan Alfred Molina.Filem Spider-Man MCU ketiga telah direncanakan pada 2017, sewaktu penerbitan filem Homecoming. Pada Ogos 2019, rundingan antara Sony dan Marvel Studios mewujudkan persefahaman mereka—di mana mereka menerbitka filem Spider-Man bersama-sama—berakhir dengan Marvel Studios meninggalkan projek tersebut. Namun, reaksi negatif dari peminat mewujudkan persefahaman baru antara kedua syarikay sebulan kemudian. Watts, McKenna, Sommers, dan Holland diumumkan kembali pada waktu yang sama. Penggambaran bermula pada Oktober 2020 di Bandar Raya New York, sebelum berpindah ke Atlanta pada akhir bulan. Sepanjang pembikinan filem, Foxx dan Molina diumumkan akan muncul dalam filem, mengulangi watak dari filem Spider-Man sebelumnya. Tajuknya didedahkan pada Februari 2021. Penggambaran juga dijalankan di Los Angeles dan Iceland, dan siap pada pertengahan Mac 2021.Spider-Man: No Way Home dijadualkan akan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 17 Disember 2021, sebagai sebahagian dari Fasa Empat MCU. Filem Spider-Man keempat sedang dalam pembangunan.

Spider-Man: No Way Home

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Spider-Man oleh
Stan Lee
Muzik oleh Michael Giacchino
Pengarah Jon Watts
Penerbit
Penulis
  • Chris McKenna
  • Erik Sommers
Mula ditayangkan 17 Disember 2021 (2021-12-17) (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Seamus McGarvey
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Sony Pictures Releasing

Rujukan

WikiPedia: Spider-Man: No Way Home http://www.imdb.com/title/tt10872600/ //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Spider... https://www.hollywoodreporter.com/live-feed/tom-ho... https://www.marvel.com/articles/movies/spider-man-... https://twitter.com/m_giacchino/status/13302591938... https://variety.com/2019/film/news/sony-marvel-tom... https://web.archive.org/web/20190927160452/https:/... https://web.archive.org/web/20201121221129/https:/... https://web.archive.org/web/20210224134901/https:/... https://web.archive.org/web/20210224175418/https:/...